Sebuah Lagi Blog Ilham Asrol Mania

Friday, 3 January 2014

Pilihan Cream Frosting Cake

Beberapa hari lepas I ada buat Kek Pelangi. Kali pertama I buat kek yang ada ising kat atas. I tak arif sebenarnya pasal ising ni. Rupanya ada la beberapa jenis. I follow resepi Cheese Cream untuk frosting atas kek tu. Bagi I rasa tu terlalu heavy kalau nak buat tebal dan rasa heaven kek tersebut. Kalau guna sebagai layer atau filling sesuai la.


Tu dia.. I ingat kalau tebal sedap la makan krim tu macam kat kedai kek. Tapi muak sikit. Lepas I post kat Facebook, dapat la cadangan untuk pakai Whipping Cream dan ButterCream. Rupanya ada banyak jenis. I mula mencari dalam internet. Jumpa la banyak jenis resepi. Ia ada:
Akan datang I akan update resepi-resepi ni ok.

Friday, 27 December 2013

Salam Dan Selamat Sejahtera

Ini merupakan post pengenalan buat pengunjung.

Sebenarnya dah lama niat nak bukak blog masakan ni. Tapi malas. Haha..

Blog sedia ada pun aku tak terjaga. Boleh je nak masukkan segala info dalam blog utama tu. Tapi tema dia lain la.. Tak kena dengan tema masakan aku ni. Anggap je la aku keluarkan lagi satu branding sub blog Asrol Mania.

Blog ni tercipta lepas aku dah ada branding sendiri untuk masakan ni. Aku baru 2 bulan macam tu mula bisnes Kek Gula Hangus. Niat nak pelbagai lagi tapi aku carik yang mudah aku buat. Sebabnya aku kerja. Jual kek ni pun suka-suka. Balik kerja boleh la aku buat. So, nak buat kek yang cerewet tu susah sikit la..

The KekWat Chef
Pada mula-mula aku nak buat nama "Cake What?" tapi dalam bahasa melayu la jadi "KekWat?". Si Aznil dah buat "Cake What?". Ramai yang tegur cakap macam Aznil Hj Nawawi punya. Maybe diorg perasan bunyi sebutan je, tapi diorg tak perasan macam mana ejaan.


Aku siap buat logo sendiri. Ok la, tak tiru orang kan. Dah dapat kritikan sama macam Aznil punya, aku design nama lain.


Ejaan sama, tapi maksud yang lain. Ala-ala kekwat (berlagak / sombong) sket chef ni kan. Pun masih ada yang ingat sama macam Aznil punya. Aku ingat dah tukar nama ni aku nak la letak logo orang atau chef yang kekwat gitu. Takda plak. Lepas aku surfing-surfing kat internet. Jumpa la. Vector chef. Memandangkan ianya free, boleh la aku guna untuk aku punya komersial. Dah orang bagi free kan.


Tu dia.. Takda la nampak kekwat sangat tapi boleh la. Aku puas hati sebab menunjukkan logo sama macam maksud trademark aku. Chef yang kekwat. Aku dah try google nama ni, takda sape lagi yang pakai. Hihi..

Ok.. Selamat membaca dan selamat berkenalan..