Sebuah Lagi Blog Ilham Asrol Mania
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, 18 January 2014

Design Rainbow Cake

Lepas percubaan petama kali buat kek pelangi, ada 2 orang yang nak beli. Rupa tak begitu menarik la mula-mula. Aku cuba jugak usha kot-kot ada orang jual. Susah betul nak jumpa. Tengok blogger-blogger lain buat pun takda la menarik sangat. Resepi pulak berbeza-beza. Aku siap google yang omputih punya. Aku banyak belajar pasal resepi ni. Aku mula gabung-gabung resepi kemudian aku cuba buat.

Rasa not bad, malah aku rasa lagi sedap kut. Haha.. Kek takda masalah, tapi bagi aku aising. Dengan tangan aku yang tak berseni ni lagi la. Ada seorang customer ni nak, dia bagi aku contoh dan inspirasi. Bapak susah punya design. Then aku cuba yang lebih mudah untuk aku buat. Oleh kerana permulaan, aku amik dengan harga rendah. Thanks to my new customer tu. Dia bagi aku kepercayaan untuk buat yang lebih baik.

Jumaat hari tu, lepas solat jumaat, aku buat kek ni khas untuk aku praktis dan eksperimen resipi baru aku yang aku gabungkan resepinya. Aku cuba buat design yang aku belajar dari youtube.


Cantikkan.. Lepas tu aku cuba buat. Aku nak budget aising pon aku tak reti. Then aku cuma buat ikut resepi. Alhamdulillah, tak la banyak sangat aku terbazir. Lebih sikit je.

Kek Pelangi The Kekwat Chef
 Nampak tak begitu kemas sangat lagi. 1st try takpe lah. Nanti aku cuba buat yang lebih baik lagi. Macam mana pun aku berbangga aku dapat buat sejauh ni. Hihi..

Aku plan nak buat perisa setiap layer ikut warna. Strawbery, pisang, lemon, pandan, blueberry dan yam.. Agak-agak pening tak bau atau rasa dia tu bercampur? Hahaha..

Friday, 3 January 2014

Pilihan Cream Frosting Cake

Beberapa hari lepas I ada buat Kek Pelangi. Kali pertama I buat kek yang ada ising kat atas. I tak arif sebenarnya pasal ising ni. Rupanya ada la beberapa jenis. I follow resepi Cheese Cream untuk frosting atas kek tu. Bagi I rasa tu terlalu heavy kalau nak buat tebal dan rasa heaven kek tersebut. Kalau guna sebagai layer atau filling sesuai la.


Tu dia.. I ingat kalau tebal sedap la makan krim tu macam kat kedai kek. Tapi muak sikit. Lepas I post kat Facebook, dapat la cadangan untuk pakai Whipping Cream dan ButterCream. Rupanya ada banyak jenis. I mula mencari dalam internet. Jumpa la banyak jenis resepi. Ia ada:
Akan datang I akan update resepi-resepi ni ok.