Sebuah Lagi Blog Ilham Asrol Mania

Saturday 18 January 2014

Design Rainbow Cake

Lepas percubaan petama kali buat kek pelangi, ada 2 orang yang nak beli. Rupa tak begitu menarik la mula-mula. Aku cuba jugak usha kot-kot ada orang jual. Susah betul nak jumpa. Tengok blogger-blogger lain buat pun takda la menarik sangat. Resepi pulak berbeza-beza. Aku siap google yang omputih punya. Aku banyak belajar pasal resepi ni. Aku mula gabung-gabung resepi kemudian aku cuba buat.

Rasa not bad, malah aku rasa lagi sedap kut. Haha.. Kek takda masalah, tapi bagi aku aising. Dengan tangan aku yang tak berseni ni lagi la. Ada seorang customer ni nak, dia bagi aku contoh dan inspirasi. Bapak susah punya design. Then aku cuba yang lebih mudah untuk aku buat. Oleh kerana permulaan, aku amik dengan harga rendah. Thanks to my new customer tu. Dia bagi aku kepercayaan untuk buat yang lebih baik.

Jumaat hari tu, lepas solat jumaat, aku buat kek ni khas untuk aku praktis dan eksperimen resipi baru aku yang aku gabungkan resepinya. Aku cuba buat design yang aku belajar dari youtube.


Cantikkan.. Lepas tu aku cuba buat. Aku nak budget aising pon aku tak reti. Then aku cuma buat ikut resepi. Alhamdulillah, tak la banyak sangat aku terbazir. Lebih sikit je.

Kek Pelangi The Kekwat Chef
 Nampak tak begitu kemas sangat lagi. 1st try takpe lah. Nanti aku cuba buat yang lebih baik lagi. Macam mana pun aku berbangga aku dapat buat sejauh ni. Hihi..

Aku plan nak buat perisa setiap layer ikut warna. Strawbery, pisang, lemon, pandan, blueberry dan yam.. Agak-agak pening tak bau atau rasa dia tu bercampur? Hahaha..

Wednesday 8 January 2014

Roti John Homemade



Pagi ni nak habiskan roti dalam peti. Kebetulan ada daging burger dalam peti. Teringin pulak nak buat roti john.



2 keping Roti
2 biji Telur
1 keping Daging Burger (potong hancur)
Garam
Cili Boh
Cili Api (potong)



  1. Campurkan semua telur, daging burger, garam, cili boh dan cili api.
  2. Kacau seperti buat telur dadar.
  3. Tuang dalam kuali tahan lekat.
  4. Bila dah masak sedikit, letakkan roti dia atasnya.
  5. Bila siap masak, intikan dengan sos cili atau mayo.

Resepi Frosting Krimwell + Shortening



  • 250gm shortening
  • 125gm krimwell
  • 125gm gula ising (diayak)
  • sedikit esen vanilla
  • pewarna


  1. Putar shortening & krimwell hingga kembang (lebih kurang 5 minit).
  2. Masukkan gula ising & esen vanilla. Putar sehingga sebati & kembang.

Resepi Frosting Krimwell Buttercream



Resepi ni aku gubah sikit. Dengar citer resepi ni buat frosting ni lebih berkilat dan halus.


  • 250 gram butter
  • 250 gram krimwell
  • 160 gram gula icing
  • 2 sudu susu



  1. Ayak gula icing 2 kali
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk mixer, pukul sehingga sebati dan gebu.

Sunday 5 January 2014

Cubaan Kedua Guna Frosting

Kali pertama aku pakai icing buat kek pelangi. Cream Cheese Frosting. Agak hambar tapi boleh tahan. Sebab tangan kaku lagi, lepas tu peralatan tak mencukupi. Hasilnya..


See.. Takda la lawa pun.. Berkedut-kedut. Pastu manik-manik pun main tabur je. Lepas tu, ada orang nak tempah kek aku. Nak lawa-lawa katanya. Ni pun kali pertama kut aku buat. Hahaha.. Takpe, aku berbisnes bukan berkenaan duit semata-mata. Rezeki nak masuk, aku terima la. Bila lagi aku nak belajar main ngan frosting ni kan.

Aku pun siap la beli peralatan nak buat bunga dan corak pada kek. Aku tukar resepi frosting sebab isau Cheese Cream terlalu heavy. Patutnya aku tanya dulu customer aku tu nak Cheese Cream or Butter Cream. Sebab aku terlalu teruja nak guna Butter Cream kut. Hasilnya,


Tadaa.. Ok tak? Hahaha...

Friday 3 January 2014

Resepi Frosting ButterCream



  • 1/2 cup shortening
  • 1/2 cup butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 cawan gula aising
  • 2 sudu besar susu cair / segar


  1. Pukul butter dan shortening pada kelajuan tinggi, biar butter kembang sehingga jadi warna putih, dan masukkan esen vanilla.
  2. Masukkan gula aising secawan dan putar hingga sebati, kemudian secawan lagi sehingga sebati dan seterusnya.
  3. Masukkan susu.
  4. Pukul sehingga kembang dan ringan.
  5. Sedia digunakan


  • Resepi mungkin manis tetapi frosting menjadi cantik. Sesuai untuk filling layer atau membuat bunga atau deko.
  • Boleh kurangkan gula menjadi 3 cawan untuk topping pada kek.

Resepi Frosting Cream Cheese




Kelebihan krim ni mudah nak buat dan lembut diatas kek. Bagi penggemar Cheese sesuai la. Rasanya tak macam kita buat Tiramisu walaupun bahan asas yang kita pakai tu tak sama. Kelemahannya adalah muak kalau kita buat tebal atau makan banyak. Kebanyakkan Cream Cheese digunakan untuk Rainbow Cake atau Kek Pelangi.


  • 250g Cream Cheese
  • 120g Gula
  • 120g Butter


  • Pukul semua bahan-bahan sehingga gebu dan ringan
  • Sedia digunakan